Friday 27 June 2014

Anwar - Demi Negara atau Demi Diri Sendiri? (edisi BM)

(English version of this article can be accessed AT THIS LINK)

Politik Malaysia telah lama dikuasai pihak politik yang berpengaruh yang telah menguasai politik Malaysia berdekad-dekad tanpa mempunyai hasrat untuk memberi peluang kepada pemimpin generasi baru.

Apakah pendapat anda tentang strategi politik di Malaysia? Jawapannya adalah terang. Kebanyakan pemimpin politik  Malaysia enggan keluar dari adegan politik dan sentiasa memegang kuasa mereka dan ini menyebabkan pembanguan negara semakin terjejas. Perancangan dan keputusan muktamad akan sentiasa menghiraukan prinsip demokratik dan  mengutamakan prinsip kuku besi. Apabila ini berlaku, pandangan pemimpin lain sentiasa diketepikan  kerana keputusan muktamad akan sentiasa dilakukan oleh pemimpin yang kuku besi , sebagai contohnya, Anwar Ibrahim.

Pada 1970-an , Anwar dikenali sebagai pemimpin berkeupayaan dan maverik – seorang yang berkarisma dan mempunyai keupayaan untuk memimpin Malayisa. Walau bagaimanapun, keupayaan beliau adalah tidak memuaskan dan kepimpinan beliau adalah tidak selari untuk pembangunan Malaysia.

Pada mulanya, beliau dilihat progresif dengan idea and pandangan “Reformasi” pembanguan Malaysia. Tetapi, setelah pelbagai harungan dalam hidup,dilihat, beliau seorang yang ego dan tidak mengenali kesilapan dan tanpa rasa kesal . Tindakan beliau telah menyebabkan kemusnahan diri sendirinya dan juga masa hadapan beliau.

Keupayaan beliau telah disalahgunakan kerana beliau seorang yang ego dan gilakan kuasa dan cita-cita. Cita-cita beliau adalah menawan Putrajaya.  Pada pendapat saya, beliau tidak pernah lupa dan masih berdendam tentang isu pelucutan jawatan beliau pada 1998. Setelah pelbagai harungan, beliau masih tidak melepaskan isu tersebut dan insaf atas kesilapan beliau. Sebagaimana yang kita lihat, pada hari ini, parti politik beliau dipenuhi pemimpin yang ego dan gilakan kuasa dan cita-cita seperti pemimpin tunggak mereka – Anwar Ibrahim.

Memang tidak dapat dinafikan, kerjaya politik beliau adalah pengalaman yang tidak positif. Walaupun pada permulaan, beliau pernah memimpin  dengan cermerlang, tetapi kepimpinan cemerlang beliau adalah sementara dan kemudian kepimpinan beliau semakin merosot.  Rakyat semakin melihat pendirian dan cita-cita Anwar Ibrahim yang sebenar kecuali penyokong fanatik beliau – Anwaristas. Natijahnya, pencapaian beliau dalam sejarah  dan kini adalah langsung tidak memuaskan.

Pengaruh beliau dalam politik tanah air dan luar negara adalah kuat. Beliau memang seorang pemimpin berpengaruh dan berpotensi tetapi dengan hasrat dan cita-cita beliau yang tersendiri dan bukan untuk rakyat. Sebagai seorang berpengaruh, beliau mampu mencari sokongan ramai untuk menunaikan hasrat beliau untuk menerajui Putrajaya. Harapan adalah apa yang dijanjikan oleh beliau untuk penyokong-penyokongnya. Apabila  tujuan dan hasrat persendirian  beliau makin terserlah, ramai yang rasa mereka telah tertipu tetapi penyokong tidak dapat mengakui kesilapan mereka sendiri dan berdiam diri

Anwar Ibrahim berpengaruh di Malaysia. Apabila melihat rekod kepimpinan beliau di UMNO, PKR dan Pakatan Rakyat, kita dapat melihat keupayaan beliau untuk mempengaruhi dan mencari sokongan rakyat  sepert dengan memperkenalkan polisi dan cadangan cabinet bayangan beliau yang masih tidak tercapai

Kesemua ini dapat menyimpulkan bahawa beliau masih tidak berputus asa untuk terus menerajui Putrajaya dan segala taktik kotor, fitnah yang digunakan untuk mempengaruhi penyokong.

Ramai yang berpendapat beliau adalah penting dalam politik Malaysia kerana beliau ketua Pakatan Rakyat.  Tetapi, mari kita meluangkan masa untuk berfikir tentang kepimpinan beliau. Strategi kepimpinan beliau telah melahirkan kepimpinan kuku besi yang masih berlaku di Malaysia. Beliau memegang kuasa mutlak yang tidak langsung memberi peluang kepada generasi baru.

Lagipun, kepimpinan beliau hanya fokus kepada menyalahkan kepimpinan kerajaan BN tanpa mengingati pelbagai kesilapan beliau semasa beliau di UMNO. Pernahkan Anwar melihat dan menyemai perpaduan rakyat Malaysia? Apa yang sedang dia lakukan sekarang sedang menjejaskan kepimpinan BN dan juga perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Kita sedang tertipu dengan tindakan beliau. Tujuan utama beliau kini adalah untuk mencemarkan nama kerajaan, menyebarkan khabar angin, fitnah  dan propaganda untuk menggulingkan kerajaan. Adakah tindakan beliau betul? Adakah tindakan beliau disifatkan menjalin perpaduan rakyat dan kesejateraan negara?

Tiada kerajaan yang  sempurna. Tetapi, saya amat berpuas hati dan menyanjungi kerajaan atas tindakan kerajaan untuk menghadapi cabaran dari pihak pembangkang.  Kerajaan tidak mencemarkan nama pihak pembangkan malah memperbaik pentadbiran mereka menerusi kritikan pembangkang. Lagipun , kerajaan berusaha untuk memerangi pencemaran nama yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Alangkah baiknya jika pihak pembangkan tidak mencemarkan BN dengan fitnah dan memberi peluang untuk kerajaan member tumpuan melakukan tugas pentadbiran  ?

Seperti apa yang kita lihat, agenda pihak pembankang adalah mencemarkan nama kerajaan dan juga menggulingkan kerajaan. Sehingga kini, kita masih tidak melihat pencapaian dan janji mereka. Apabila mereka mencadangkan  cabinet bayangan pada Mac 8  2008, sehingga kini, 6 tahun kemudian, kita masih tidak melihat apa-apa dari mereka. Adakah mereka boleh dipercayai dan diberi mandat memerintah?

Wahai rakayt Malaysia, marilah kita jangan tertipu lagi.

Bukalah mata sendiri dan fikir dengan baik-baik.

Untuk semua yang inginkan jawapan, marilah tanya Anwar , segala perjuangan beliau sejak 1990-an , perjuangan beliau adalah untuk rakyat ataupun untuk dirinya untuk ke Putrajaya.?

Demi Malaysia atau demi sendiri?

Marilah sayang Malaysia. Berilah sokongan padu kepada kerajaan !

No comments:

Post a Comment